CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

cHOcOLaTe ChEEsE CakE

   Ni sebenarnya pebret kek aku..dah lama aku nak buat kek ni tapi macam susah plak..suka gak beli kek kat SECRET RECIPE banyak cheese dia..mula2 aku x brapa suka kek ni..tapi lama2 suka gak..besh...yummy...terliur ehh..disebabkan terliur lah aku buat kek ni semalam...resepi ni aku ambik kat blog DUNIAKU..ini aku copy paste..thanks..kak mashitah mas..nama kat pesbook dia..
Bahan-bahan
Bahan A
  • 250gm mentega
  • 1 1/2 cwn gula halus (gula kastor)
  • 5 biji telor gred A
  • 1/2 cwn serbuk koko *
  • 1 1/2 cwn tepung gandum *
  • 2 sudu kecil baking powder * (bahan * diayak bersama)
  • 1 sudu kecil pewarna coklat@coklat emulco
  • 1/4 cwn susu cair 
Bahan B
  • 250 gm cream cheese
  • 3 sudu besar gula halus (gula kastor)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telor gred A
Cara membuatnya :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih.
  3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
  4. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dngn susu cair hingga habis.
  5. Gaul rata dengan spatula. Dah siap ketepikan dulu.
  6. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
  7. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
  8. Tuangkan adunan coklat dalam loyang, ratakan.
  9. Tuang pula adunan cream cheese dan ratakan dan buat selang seli hingga habis.
  10. Tuangkan baki adunan coklat(akhir) dan ratakan.
  11. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong. 
  12. Cucuk dngn lidi kecil @ btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi.                                                                                                                                                                               Kek ni memang sedap dimakan panas2..best sangat sb jadik..ni la hasil kerja aku ngan adek aku  CIK ANIS..memang terbaik.





















































Sardin masak kuali..

  Sardin masak kuali..hehehe..banyak org tanya resepi apa tu..aku pon try la buat..resepi asal dia ikan kembung..tapi,ikan kembungnya dah habis jadi sardin pon ok kot..setelah mencari bahan2nya..aku pon proses la..ini resepinya..
  • 1/2 kg ikan sardin (ikan cencaru, selar @ tongkol pun sedap).
  • 4 sudu besar lada boh / cili giling
  • * 3 biji bwg merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • * 1/2 inci lengkuas
  • * 2 btg serai
  • 1 sk halba
  • 1/3 cwn santan pekat
  • 2 sb air asam jawa
  • garam, gula and perasa 

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan ikan yg telah siap digoreng.
  2. Kisar bahan bertanda *. Dgn menggunakan lebihan minyak goreng ikan tadi (keluarkan sikit minyak kalau byk) tumis bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan lada boh tumis hingga garing. Masukkan air asam jawa n halba. Jika tumisan agak kering boleh masukkan sedikit air.
  4. Masukkan ikan yg telah digoreng tadi juga santan. Akhir sekali masukkan garam, gula n pak aji.
  5. Siap utk dihidang.                  
 ini plak pic nya..


rasanya macam rendang..tapi sedap..hubby pon kata sedap dan kurang pedas..ok jugak resepi kat MYRESEPI ni...terbaik..

NaSi KaRi BeRdAGiNG...

  ASSALAMMUALAIKUM...Pagi tadi tepikir2 gak resepi apa nak masak untuk my hubby mkn tengahari..hubby aku ni x mkn yg pedas2..jadi klw nak masak tu kena la kurangkan cili..plan nak buat nasi  kari berdaging..maklumlah x pernah buat...aku ada ambik resepi dari page myresepi..jadi aku pon keluar la membeli bahan2nya..aku copy paste je..ni untuk lima 5-6 org makan..
  • 1 kg beras dan air ikut sukatan beras
  • 200g daging (dihiris nipis)
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu makan serbuk rempah kurma
  • air dan garam
  • bhn hiris: 1 biji tomato, 1 cm halia, 5 bj bwg merah, 3 ulas bwg putih dan 1 biji bwg besar

Cara-cara

  1. tumis bahan yg dihiris. Kemudian masukkan rempah(kedua2 jenis) yg telah dibancuh dgn air. Kacau lagi sampai naik bau.
  2. Masukkan daging dan masak sampai empuk.
  3. masukkan bhn tumis ke dalam periuk nasi yg telah disukat airnya.Masak nasi macam biasa.
  4. tips: sedap juga kalau dimkn dgn telur rebus yg digoreng. Nk spesel lagi, perap sekejap telur rebus dgn sedikit bhn hiris sebelum digoreng .tapi aku buat air asam jer...                                                            



inilah hasilnya..di sebabkan elektrik x dak tadi,terpaksalah masak nasi secara manual.di bantu mak aku yg tercinta puan zalehar..
dan pembuat air asam..yg sedap adik aku shuhada...
thanks kepada mak aku ngan adek aku sb membantu aku menyiapkan resepi ns daging +air asam yg sedap tu..berselera famili aku makan...thanks gak kat MYRESEPI..

    cHOcOLaTe MuFFiN...

       Hari jumaat ri tu member adek aku datang umah melawat my baby mikael..plan aku nak buat muffin..leh ajak member adek aku sb budak ni pandai buat kek..leh aku tanya serba sedikit tentang kek..hehehe..budak tu nama dia zulaika..rajin budak ni pandai bawak diri..setelah mengarahkan adek aku ngan member dia p beli barang,aku pon memulakan proses membuat muffin dan d bantu oleh adek aku ngan member dia..anak pompuan aku pon sibuk la gak nak mengacau...akhirnya..setelah di adun dan di bakar ini lah hasil kesibukan adek aku ngan anak pompuan ku ditambah ngan bantuan member adek aku..memuaskan dan cantek..ini bahan2 dan cara membuatnya...

    • 90g minyak / butter cair
    • 375g tepung naik sendiri
    • 50g serbuk koko
    • 170g gula halus/ gula castor
    • 1 biji telur
    • 330g susu segar/ susu cair pun ok
    • 130g coklat masakan - di potong/chopped kecil-kecil, pilih jenama pilihan jika ingin letak
    • 100g coklat cip - ikut suka untuk letak dalam muffin dan juga tabur atas                                        
    CARA-CARA...
    1. Masukkan tepung, serbuk koko,gula, telur, susu dan akhir sekali minyak/butter cair dalam mangkuk -kacau rata.
    2. Kemudian masuk coklat masakan yg dipotong/chopped tadi ( tak perlu cairkan) dan masukkan juga 2/3 coklat cip dalam adunan , kacau sikit sahaja supaya adunan cokelat masakan dan coklat cip yg dimasukkan bergaul dgn adunan lain
    3. Sudukan adunan kedalam mangkuk kertas muffin ~70% penuh. Jika guna yg keras tak perlu guna muffin tray. Jika guna yang nipis, masukkan kertas muffin dalam tray, baru sudukan adunan dalam kertas muffin.
    4. Bakar pada 180C selama 25min atau sehingga masak ( bergantung pada oven masing ye)






    ok..comel lote muffin aku heheheh...mkn panas2 sedap..atas bantuan si zulaika..aku pon bagi la kat dia 5 6 biji muffin ni bg mak dia rasa..mak dia pon pandai buat kek...heheheh
                                                                         
      ini la wajah pembantu aku tu>zulaika..
      ni pulak si sibuk adek aku>syafiqah
      dan si pengacau my sweety>annah
    apa pon memang terbaek bekerja ngan mereka2 ni,walaupun kadang2 suara terkuat skit hehehe..maklumlah marah kat anak2..hehehe..apa pon thanks my pembantu,my penyibuk n my pengacau...atas bantuan anda...

    AgAR2 SagU RuMbiA...pELanGI...

     Salam...Hari tu aku dah buat agar2 sagu...tapi x kaler malerkan so aku cadang la nak buat ngan penuh warna warni...hari tu aku ada beli pewarna kaler biru ngan ungu,jadi aku bercadang nak gunakan untuk agar2..dengan penuh kesabaran aku menunggu untuk melayerkan agar2 tu..walaupun penat menunggu..hasilnya..cantik hehehehe..masuk bakul angkat sendiri..boleh buat untuk desert pas mkn tenghari...ini yang dah siap d potong...








    ok x agar2 aku.warna-warni macam pelangi kan..hehhehe anak2 aku kata cantek...pas ni nak masak apa la pulok..nak mengisi masa lapang gitu...tunggu tau...

    ApAm mARMar..versi cup pulok....heheheh

      Hari tu dah cuba buat apam marmarkan..tapi kaler x bape cun..jadi aku pon p la beli kaler biru ngan purple pebret aku tu..setelah ada aku try buat apam marmar versi cup..aku tambah coklat emulco..pastu kasi cantik ngan warna biru n purple..anak2 aku punya seronok menolong sb teruja ngan kaler2 tu..cantik katanya..dah siap proses aku pon kukus la..kukus2 punya kukus sampai terbakar dapur aku..hahahah nasib umah x terbakar..semputttt la gak hehehe.tapi apam aku tetap vouge gitu..1st round kukus tu abis sat jer..anak2 siap bawak bekal p ngaji..ok la tu..ni dia pic apam 2 vouge tu..






    rasa teruja aku tengok kaler2 dia..anak aku kata cantiknya mummy...mesti sedap ni..hihihi malu la mummy..tapi hati aku puas sb dapat buat apam comel2 cam ni..

    AgAR2 SagU RuMbiA...

       Setelah donat dan apam marmar berjaya,kini aku cuba la plak buat agar2 sagu..setelah mendapatkan bahan2nya aku pon start la memproses agar2 aku..hehehe dari merebus sagu smpai la menunggu agar2 keras untuk dijalur2kan..sungguh memboringkan..tapi hasilnya amat memuaskan hati aku..hubby,adek2 aku n mak aku memberi 5 star  kepada agar2 aku tuh...hahaha gelak bangga...dan macam biasa hubby aku suh buat niaga bulan posa ni..katanya cari duit raya..ok gak tu..nak tengok x pic agar2 sagu aku tu...tadaa...







     ini resepi nya..
    1 cawan biji sagu
    1 liter air
    20 gm serbuk agar-agar
    11/2 cawan gula pasir
    3 helai daun pandan
    250ml santan pekat
    3 jenis pewarna kegemaran
    Cara :
    1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih.Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.
    2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
    3. Masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
    4. Masukkan santan.Kemudian tutup api
    5. Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.
    6. Cedok 200 ml larutan agar-agar lagi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.
    7. Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais...
    Hubby aku suka makan...kurang manis dan sedap hehehe..bodek ke sayang...kaler ni je yg aku ada..nt bila dah beli kaler purple ngan kaler blue gitu aku buat n update..tunggu taw...see yaaa.....

    ApAm mARMar..MaCaM MarIMaR La puLOK..

      Setelah percubaan pertama membuat donat n roti sosej berjaya,tangan ni gatal2 lg nak membuat kuih..dok tngok2 kat MYRESEPI kot2 ada yg berkenan..cari punya cari jumpa la yg memikat hati iaitu APAM MARMAR pelik je bunyi nye..apa lagi pergi la menyopingkan diri..dah ada bahan2,prosesnya pon bermula..mula2 risau gak takot x jadi..maklum la jarang2 buat kuih hehehe...berkat kesabaran ni la hasilnya..





        ini resepi apam tu..
    • 250 g tepung berserbuk penaik
    • 200 ml santan
    • 200 g gula halus
    • 2 biji telur Gred A
    • 1 camca teh vanila esen
    • 1 camca makan ovallate
    • Secubit garam
    • Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)

    cara-cara

    1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
    2. Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
    3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
    4. Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
    5. Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk barulah di potong.. kawan2 leh la cuba buat senang jer...sedap dan gebu tau..thanks MYRESEPI...                             

    My NeW hOBBy...

     salam semua..lama x update blog nih..bz skit kan ada baby..jd kena la bg perhatian lebih skit kat baby mikael.lg pon 2 3 hari ni rajin la plak dok mencuba resepi2 yg ambik kat MYRESEPI tu..baru2 ni ada la cuba buat kuih DONAT.seumur hidup ni la baru first time buat donat.dengar org kata susah..tu yg malas tu..hehehehe..tapi setelah mencubanya,ALHAMDULILLAH..menjadi gitu..bangga la jugak..bukan setakat donat jer ok tapi siap roti sosej tau..yg paling bestnya anak2 and my hubby punya makan..sedap katanya..siap suruh buat jual bulan pose nih..siap nak bagi modal lagi..tada...ni la kuih donat yg molek2 gitu..



    apa macam ok x?leh buat jual x?heheheh

    papa besday..

    Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

    mummy besday..

    Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

    jannah besday..

    Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

    airell besday..

    Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

    mikael besday..

    Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

    breastfeeding my mikael...

    Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

    My luvly anniversary ..

    Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...